Saturday, January 12, 2019

LATARBELAKANG DEWAN RAJA HAJI FISABILILLAH DATARAN MAT RIAU


DEWAN RAJA HAJI FISABILILLAH DI DATARAN MAT RIAU BUKIT BARU MELAKA DIASASKAN OLEH YBHG DATO HJ HASHIM BIN MOHD PADA 14 NOVEMBER 2018. BELIAU MENAMAKAN DEWAN INI BERSEMPENA NAMA MOYANG BELIAU YANG PERNAH BERJASA DI DALAM PERJUANGAN MENENTANG PENJAHAN BELANDA PADA TAHUN 1784. RAJA HAJI FISABILILLAH (1784) TELAH MENCATAT SEJARAH SEBAGAI SEORANG PAHLAWAN MELAYU YANG BERJIHAD DAN GUGUR SYAHID DEMI MEMPERTAHANKAN MARUAH DAN KEDAULATAN BANGSA DAN AGAMA. SEBAGAI KETURUNAN DARI NASSAB GENERASI YANG KE 7 DARIPADA BELIAU, PEMILIK TELAH MEMUTUSKAN UNTUK MEMBINA SEBUAH DEWAN SERBAGUNA  YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KEMASYARAKATAN DAN DAKWAH SERTA MENAMAKAN DEWAN  BERSEMPENA NAMA MOYANG BELIAU DEMI MEMPERINGATI JASA DAN MENGHAYATI SEMANGAT JUANG SEBAGAI SEORANG  INSAN CUKUP HEBAT DAN BERJASA KEPADA MENDAULATKAN KETAMADUNAN MELAYU DAN SURVIVAL AGAMA ISLAM DI NUSANTARA INI. 

.....................................................................................
....................................................................................
.....................................................................................

BERIKUT ADALAH PETIKAN WASIAT RAJA HAJI PADA  1784 DI TELUK KETAPANG. WASIAT INI DITULIS KETIKA PERTEMPURAN TERAKHIR DI ANTARA BELIAU DENGAN BELANDA.

MENGIKUT CATITAN SEJARAH, KISAH EPIK PERJUANGAN BELIAU ADALAH PERISTIWA YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN DARIPADA SEJARAH KERANA RAJA HAJI HAMPIR BERJAYA MENUMBANGKAN BELANDA PADA KETIKA ITU. BELIAU MEMILIKI KEKUATAN KETENTERAAN YANG CUKUP AMPUH DAN MODEN SEHINGGA MAMPU MENYAINGI TEKNOLOGI BELANDA LAANATULLAH. BELIAU JUAGA SEORANG PAKAR STRATEGI DAN BERJAYA MENYATUKAN KUMPULAN KUMPULAN PEJUANG MELAYU YANG LAIN SEHINGGA BERJAYA MENGEPUNG BELANDA LAANATULLAH DAN MEMAKSA MEREKA BERSEMBUNYI DI SEBALIK TEMBOK KOTA MELAKA SEBAGAI PERTAHANAN TERAKHIR MEREKA.
WALAUBAGAIMANA PUN, BELANDA SEDAR YANG MEREKA TIDAK AKAN MAMPU BERTAHAN SELAMA-LAMANYA DAN KELAK MEREKA AKAN DISEMBELIH SATU PERSATU OLEH ORANG - ORANG MELAYU YANG SUDAH MENGEPONG HAMPIR SETIAP INCI TANAH MELAYU . AKHIRNYA BELANDA MELAKUKAN TAKTIK YANG CUKUP KEJI IAITU MEMBELI PEMBESAR PEMBESAR MELAYU UNTUK BERPALING TADAH DAN MENGKHIANATI RAJA HAJI. MEREKA ADALAH KUMPULAN MELAYU YANG TAKUT BERPERANG TETAPI CEMBURU DENGAN KEJAYAAN RAJA HAJI YANG TERKENAL DENGAN BERANI DAN WARAK SERTA DISOKONG OLEH RAKYAT JELATA DAN GURU-GURU AGAMA. SEDANGKAN RAJA HAJI TIDAK BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI, SEBALIKNYA BELIAU BERJUANG DI ATAS KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA MELAYU. APA PUN , SETIAP YANG ALLAH TELAH TAKDIRKAN ITU TIDAK MUNGKIN BOLEH DIUBAH. DI ATAS PERTOLONGAN PENGKHIANAT MELAYU INI LAH MENJADI TITIK PERALIHAN YANG MENJADI KELEBIHAN KEPADA BELANDA LAANATULLAH UNTUK MENGALAHKAN RAJA HAJI. AKHIRNYA , PADA TANGGAL 18 JUN 1784 , BELIAU TELAH BERTARUNG BUAT PERINGKAT PENGHABISAN DI TELOK KETAPANG MELAKA DAN AKHIRNYA BELIAU GUGUR SYAHID KETIKA BERJUANG BUAT KALI TERAKHIR BERSAMA DENGAN PERAJURIT MELAYU YANG LAIN YANG TURUT SYAHID DI TANGAN PENJAJAH DAN PETUALANG LAANATULLAH. ADA RIWAYAT YANG MENYATAKAN BELANDA LAANATULLAH TELAH MENANAM MAYAT BELIAU DI DALAM KANDANG BABI SEBAGAI SIMBOL PENGHINAAN DAN MERAIKAN KEMENANGAN MEREKA. BEBERAPA KURUN BERLALU, MAYAT BELIAU TELAH DIGALI SEMULA DAN DIPINDAHKAN DI KEPULAUAN RIAU DAN DIANGKAT SEBAGAI PAHLAWAN NASIONAL INDONESIA. RATUSAN TAHUN BERLALU, ANAK KETURUNAN RAJA HAJI TIDAK AKAN MELUPAKAN APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH BELIAU. WALAUPUN ZAHIRNYA BELIAU GUGUR SYAHID.. TETAPI TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MEMUJI SI BELANDA DAN PETUALANG YANG BERJAYA MENEWASKAN BELIAU. SEBALIK NYA SEMUA ORANG DARI SATU GENERASI KE GENERASI LAIN MEMUJI BELIAU DAN MEMULIAKAN PERBUATAN BELIAU. KINI, KITA TELAH MERDEKA KITA TIDAK BERTUANKAN BELANDA KITA TIDAK BERTUTUR BAHASA BELANDA BELANDA TELAH GAGAL MENAKLUK BUMI KITA WARKAH DAN KISAH RAJA HAJI "SURVIVE" HINGGA SEKARANG. NAMA BELIAU KEKAL DI DALAM INGATAN UMAT MELAYU. MAKA DENGAN DEMIKIAN.. BELIAU TELAH MENANG.. BELIAU TELAH MENANG.. BELIAU TELAH MENANG.. ALFATIHAH DAN SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA BELIAU.

No comments:

Post a Comment

DEWAN RAJA HAJI DATARAN MAT RIAU BUKIT BARU MELAKA UNTUK MAJLIS KAHWIN, RESEPSI , SEMINAR DAN JAMUAN

KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWA DEWAN DI DATARAN MAT RIAU BUKIT BARU MELAKA. LENGKAP DENGAN SISTEM PENGHAWA DINGIN SEPENUHNYA, KAMI M...